Monday, 13 September 2021

Road to Chartered Accountant!

 Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum dan selamat pagi. Ya, masih pagi dan aku tak ada kerja untuk dibuat. Aku dah tanya senior aku, kalau-kalau dia perlukan pertolongan, tapi dia cakap. 'It's okay, you do your thing first, if I have work for you, I will let you know.'

Aku pun apa lagi, sting aku yahuuu lah!

Makanya, 'I do my thing first' pun bermula. haha

Mereka suruh aku cari kedai makan yang best kat Sungai Petani ni. Memang aku tak tahu lah weh. Dah nama pun duduk Sungai Petani, lebih baik aku makan di rumah. Dah jimat! hihihi

Aku tak tahu nak bercerita apa tapi rasa bosan lah pula tak ada buat apa-apa. Jadi, aku nak cerita tentang jalan-jalan yang boleh kita pilih untuk jadi Akauntan Bertauliah a.k.a Chartered Accountant. Rasa macam nak kongsi ilmu ni sikit. Aku pun tak adalah ada ilmu sangat. Sikit-sikit saja yang aku tahu.

Akauntan bertauliah, namanya pun bertauliah. Definitely, it is not an easy journey. Tetapi ramai dah berjaya kecapi kejayaan ini, jadi tidak mustahil untuk kita kecapinya juga. And it will definitely worth you. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita mulakan. Aku mulakan dari lepasan SPM ya. Sebab aku masa lepas SPM dulu pun, blur-blur lagi nak ambil apa untuk jadi akauntan.


1) Matrikulasi KPM

Pertama sekali, lepas SPM, kalian boleh masuk matrikulasi Program Satu Tahun Perakaunan. Macam aku dulu, aku masuk matrikulasi. Ramai cakap masuk matrik ni, susah. Matrik ni untuk budak-budak pandai saja. Bagi aku, ya memang susah. Tapi belajar apa yang tak susah dik? Dulu masa kau SPM pun, susah kan? But, you did it! Kau masuk degree nanti, baru kau tahu erti susah yang sebenarnya. Muehehe...

Untuk matriculation route, dia macam program persediaan. Alaa, macam program asasi tu. Kat matrikulasi, kalian akan belajar empat subjek wajib iaitu Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Matematik dan Ekonomi. Subjek-subjek ini akan dikira dalam CGPA kalian. Subjek-subjek lain yang kalian akan ambil adalah seperti Bahasa Inggeris, Kemahiran Dinamika, Kokurikulum dan Pendidikan Islam. Alaa, macam kelas santai-santai dan kelas adab dan pengetahuan. Nanti kalau asyik fokus akademik saja, adab dan agama kelaut pula. Tak boleh, tak boleh... hihihi

Cuma kelemahan matrikulasi ni, kalian akan belajar dalam bahasa melayu. Zaman aku dulu lah, 2015/2016. Sekarang aku tak tahu. Mungkin kalian tanya siapa-siapa yang masih di matrikulasi. Orang cakap matrikulasi ni susah, tapi bagi aku, matrikulasi lagi senang berbanding asasi, diploma dan STPM. Weh, STPM tu susah tau sebenarnya.

Okay, berbalik pada perbincangan tadi. Ya, di matrikulasi, kalian belajar dalam bahasa Melayu dan ini adalah satu kelemahan. Sebab apa? Sebab bila kalian masuk degree nanti, semua pembelajaran adalah dalam bahasa inggeris. You will be a little bit struggling to convert all your ilmu to English version. Paling simple lah aku bagi, kos lepas adalah opportunity cost dalam bahasa inggeris, dik. Boleh hadam tak? Mana datang kos lepas tu opportunity cost woi! hahaha

Kemudian, kalian masuk degree level, kemudian ambil professional papers.


2) Program asasi dan persediaan. 

Program asasi ni pula adalah program yang disediakan oleh pihak universiti. Kalian boleh mohon melalui laman sesawang universiti yang kalian nak pergi tu. Alaa, yang UPU tu. Disebabkan aku ni budak UUM, aku cerita pasal Program Asasi UUM lah ya. Program Asasi UUM ni, mereka belajar subjek-subjek pengurusan lah. Of course, nama pun 'UUM, the eminent management university. Lebih kurang matrikulasi juga, mereka belajar subjek asas untuk degree program. Tapi asasi ni, tiga semester. Maktrikulasi, dua semester sahaja. Kedua-duanya, setahun tempoh pengajian. Terpulang pada kalian, kalian nak pilih yang mana.

Oh ya, pembelajaran program ni dalam bahasa inggeris tau. Ni satu kelebihan lah. Cuma kelemahan kalau ambil asasi kat UUM ni, kalian wajib teruskan degree dekat UUM juga lah. Tapi bagi aku, ni bukan kelemahan. Sekurang-kurangnya pengajian degree kalian dah terjamin. 

Kemudian, kalian masuk degree dan seterusnya professional papers.


3) Program diploma

Okay untuk yang ketiga ni, ialah program diploma. Program diploma ni, adik aku masuk diploma. Dalam program diploma, ada diploma dua tahun dan ada diploma tiga tahun. Bergantung pada tempat pengajian yang kalian pilih. Nak ulas satu-satu, takut jadi panjang sangat pula nanti. Bagi aku cara pembelajaran di peringkat diploma ni tidak terlalu padatlah kalau nak dibandingkan dengan asasi dan matrikulasi. Korang ada banyak masa untuk self-study. So, make sure kalian belajar betul-betul lah. hahaha

Kalian akan sentuh banyak subjek yang akan kalian belajar di peringkat degree, jadi tempoh pengajian di peringkat degree boleh dikurangkan. Selalunya pelajar diploma boleh kurangkan satu semester pengajian tahu!

Cuma kelemahan diploma ni, tempoh kalian belajar tu jadi panjang lah. Tapi bagi aku, tak ada lah panjang sangat. Beza setengah hingga setahun saja dari batchmate kalian yang lain. Still acceptable what!

Kemudian, kalian sambung degree seterusnya professional papers. Tapi, kalau untuk ACCA (yang aku tahu, PQ lain, aku tak tahu), kalian boleh sambung professional papers right after diploma. By the way, PQ= Professional Qualification.


4) Kelayakan Profesional

Last but not least, kalian boleh terus ambil professional papers lepas SPM. Sekarang ni banyak dah professional papers yang diterima di Malaysia ni. Antaranya ACCA, MICPA dan ICAEW. Tiga ni professional papers yang popular lah di Malaysia. Sebenarnya untung tau, sambung professional papers terus lepas SPM. Dia macam, perjalanan kerjaya kalian dah tertumpu. Tak perlu dah nak pening-pening, ragu-ragu nak sambung apa degree nanti. Sebab taraf dia sama. 

Tambahan pula sekarang ni, majikan sangat mencari mereka yang ada professional qualification ni ya berbanding pelajar degree. Memanglah mereka tak wajibkan, tapi pra syarat dia tu, dah macam mewajibkan dah. Kalau pergi firma audit yang besar-besar, mereka dah wajibkan ambil professional papers ni. Tapi aku faham, tak semua orang berkemampuan. Jadi bagi aku, kalau kita ada ruang dan peluang seperti biasiswa ataupun sumbangan PA-MA, you better grab the opportunity. Sebab ia sangat memudahkan masa hadapan kalian. Bak kata pepatah, susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Eh, betul ke peribahasa aku ni?

Apa-apapun, untuk semua perjalanan di atas, kalian perlu ada tiga tahun pengalaman dalam audit dulu ya. Baru, boleh melayakkan kalian sebagai Akauntan Bertauliah. Kalian pilihlah cabang mana kalian nak pilih sebelum ke alam pekerjaan. Apapun, macam orang selalu kata, tak susah nak susah, tak senang nak senang. Disebalik kesusahan, pasti ada kesenangan. Wishing you guys all the best! May Allah ease our journey to His Jannah. In shaa Allah.


Itu sahaja untuk kali ini. Kalau kalian nak tahu lagi apa-apa tentang cabang perakaunan, atau apa-apa sahaja lah, kalian tulis saja permintaan korang di chat box ya. Kalau aku tahu, aku akan kongsikan. Okey, itu saja untuk hari ni, till next time! Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment