Thursday, 15 March 2018

Rahsia

Assalamualaikum, everyone

Petang ni aku tak buat apa. Aku merapu tengok Youtube saja tadi. Tak buat apa, tak bermakna tak ada kerja :') Kerja aku berlambak, Allahu! Aku yang tak buat, haih! Aku bukak nota FAR, cuba hadamkan untuk buat Tutorial malam nanti, ternyata... tak mampu bertahan lama. *sigh*

Jadi, aku pun teringat nak kongsi satu perkara petang ni. Dah lama aku nak berkongsi perkara-perkara yang aku pernah buat dalam hidup aku ni. Tapi tu lah, orang cakap tak elok jaja benda baik yang kita buat pada orang. Kata-kata tu buat aku jadi introvert dan sampai benda yang memberi manfaat pun aku tak berani nak share. Aku takut jatuh riak. Aku pun manusia biasa, guys. 

Sebelum itu, cuma nak berkongsi kata-kata. "Sembunyikanlah perkara baik seperti mana kau sembunyikan perkata jahat yang kau lakukan." Dude, aku suka kata-kata ni. Aku pernah baca dalam satu buku bertajuk Equation by Mr. Apis. Maksudya, kalau kau buat benda jahat, confirm2 lah kau sembunyikan tak bagi tahu orang. Macam tu juga kalau kau nak buat benda baik. Bila buat baik ni, tak perlu pun nak jaja cerita dekat orang. Orang bukannya kisah pun. #NotaUntukDiri

Sebab itulah, aku ambil keputusan untuk berselindung disebalik watak Si Biru Oren ni. Aku tak mahu apa yang buat ni menyebabkan aku jatuh riak. Nauzubillahiminzalik...

Okay, back to the topic. Aku nak kongsi satu rahsia yang bagi aku, ini sebenarnya adalah keajaiban Allah, tanda Allah itu Maha Pemurah dan Dia juga Maha Penyayang. Satu rahsia, result aku dekan setiap semester (btw, baru tiga semesterlah), kat matrik dulu dapat 4.0 flat dan SPM aku dapat 9A. Wallahi, bukan niat aku nak jaja result aku. Please jangan salah faham.

Bagi aku ni memang satu keajaiban Allah. Banyak benda yang aku buat sebelum ni. Tapi semua tu ada "Turn on turn off" dia. Tapi satu perkara yang aku amalkan sejak dari aku dibangku PMR lagi. (tapi time PMR ni, aku cheated jugak dalam melakukannya. Sebab baru nak try maybe, iman masih goyah? Haha)

Masa semester 3 hari tu pun, aku sangat pemalas. Aku tak pergi kelas. Aku masuk kelas, aku tidur. Aku kutuk lecturer. Aku salahkan lecturer(ni benda biasa aku buat sem lepas). Aku tak jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan (kenapa aku guna pergaulan dan bukan iktilat? Sebab aku punya tak jaga tu, Allahu! Aku malu dengan diri sendiri!). Aku terlampau fokus dekat aktiviti kelab, pelajaran, aku abaikan. Aku masuk kelas zero, aku keluar pun zero. I gained nothing! Aku sangat berubah. 

But Allah helped me. Walaupun result aku jatuh, ia tak jatuh mendadak. I got 3.58 GPA. Allahu! Dia punya rasa seronok tu, rasa nak lepas ke angkasa tau. Untuk orang yang memang tak study macam aku, aku sangat-sangat bersyukur!

Dalam banyak-banyak benda aku pernah buat, amalan ni aku tak tinggal. It is about Puasa Nazar. Pernah dengar kan puasa nazar? Masa PMR dulu, aku pernah belajar. Okay, bagi yang tak tahu, meh aku terangkan dalam fahaman aku secara ringkas. Wallahi, aku tak pandai sangat nak terangkan secara Islamiknya. 

Puasa Nazar ni, dia macam kau ada hajat nak mintak dari Allah. Lepas tu, kau puasa nazar untuk minta Allah makbulkan hajat kau. Macam tulah secara ringkasnya. Bagi aku, ni memang like a miracle that Allah grant me! Meh aku bagi satu analogi. Kau nak makan ais kacang. Kau pi kedai nak dapatkan ais kacang. Mestilah kau kena bayar dulu baru dapat ais kacang tu kan? Kau nak minta tolong Allah, tapi takkan tak ada apa-apa balasan untuk Dia? Jadi dengan cara berpuasa nazar, kau memberi kepada Allah, dengan harapan Allah tolong kau.

Okay, satu lagi analogi aku bagi. Katakanlah, kau tolong seseorang tu ikhlas tanpa harapkan apa-apa balasan. Tiba-tiba orang yang kau tolong tu, bagi kau present tanda terima kasih dia sebab kau tolong dia. Padahal kau tak harapkan apa-apa balasan pun. Apa perasaan kau? Aku pasti kau rasa gembira, senang hati, kau rasa macam 'weh! aku tolong dia ikhlas kot, tapi dia ingat jugak kat aku.' Mesti seronokkan perasaan tu?

Okay, sekarang aplikasikan dalam cerita kau. Asal-asal Allah memang nak bantu kau. Lepas tu, kau puasa nazar. Weh, Allah seronok weh. Sebab apa? Sebab hamba Dia ingat pada Dia. Sebab hamba Dia tak minta tolong selain dari Dia. Sebab hamba Dia bergantung harap hanya pada Dia. Allahu! Allah nak tolong pun, Dia rasa seronok. Dari dia nak bagi sikit, Dia bagi lebih lagi. Sebabnya? Allah ni Maha Penyayang weh. Dia sayang hamba-hamba Dia. Kita je yang hmmm.. :')

Jadi, aku fikir setakat ni dulu kot. Dengan dua analogi yang aku sertakan ni, aku harap korang faham maksud 'rahsia' yang aku cuba sampaikan. Macam aku cakap tadi, this is just a sharing. Aku tak paksa korang pun. Tapi kalau nak tengok keajaiban itu, cubalah guys! I can guarantee you. Niatkan yang kau betul-betul nak minta tolong Allah. So, chill! -sharing my love with love, Si Biru Oren ;)
x

No comments:

Post a Comment