Thursday 21 February 2019

5 Tips Basic Kuruskan Badan

Assalamualaikum wbt semua. Setelah sekian lama tak blogging, hari ni aku decide nak tulis tips-tips kuruskan badan.

Disclaimer: Aku ni dalam kategori kurus dah. Cumanya aku suka gali pasal kurus ni sebab aku nak lebih fit.... dan lebih kurus maybe. Ehek!

Tanpa melengahkan masa lagi, let's get started!

Tips pertama dan yang paling penting! CUT OFF MINUMAN MANIS, SOFT DRINKS, SUSU PEKAT and whatsoever. Sebabnya minuman-minuman yang berunsurkan gula, susu pekat semua ni sangatlah membantutkan usaha nak menguruskan badan tu. Gula memberi tenaga segera. Tak ada guna kalau tak makan nasi tapi ambil minuman manis. Frankly talk! So, please... suka tak suka. Cut off pengambilan minuman manis, air gas dan susu pekat.

Tips kedua. BANYAK MINUM AIR KOSONG. Minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kenapa kena minum air kosong banyak-banyak? Air kosong ni zero calorie. Air kosong juga meningkatkan kadar metabolisme. Air kosong bagi rasa kenyang segera. Setengah jam sebelum makan, adalah sangat disarankan untuk minum air kosong dulu. Bila minum air kosong, kalian akan rasa kenyang. Jadi bila nak makan, kalian akan ambil sikit saja. Lagipun, minum air kosong sebelum makan, akan membantu melancarkan proses penghadaman. Minum air kosong banyak-banyak pun akan melembabkan dan menyegarkan serta menyihatkan kulit kita. Super gila sangat manfaat air kosong ni. Jadi, minumlah air kosong banyak-banyak.

Tips ketiga. Suka tak suka, WAJIB MAKAN SAYUR. Ini penting juga! Sayur ni membantu melancarkan proses 'membuang'. Sayur mengandungi fibre yang tinggi. Juga kandungan air yang sangat banyak. Especially sayur hijau. Sebab tu orang cakap, brokoli adalah sayur terbaik untuk berdeit. It is soooo trueee! Kalau macam aku, aku amalkan makan kismis setiap hari 21 biji sebagai alternatif since aku ni sebenarnya bukan penggemar sayur. Tapi meal aku, aku wajibkan ada sayur walaupun sikit. Syaratnya, sayur kena lebih banyak dari nasi. Kau rasa? Sayur aku banyak ke sikit?

Tips keempat, DON'T EVER SKIP BREAKFAST. Breakfast ni sangat penting. Jangan fikir boleh kurus kalau skip breakfast. Bagi aku sendiri, aku makan banyak gila masa breakfast. Jadi waktu lunch, aku automatically akan makan sikit. Sebabnya, masih rasa kenyang. Seriously... Juga, waktu breakfast yang optimum adalah antara 7-9 pagi. Jangan lebih dari pukul 10 kerana ia akan melambatkan proses penghadaman. Metabolisme akan lemah. Super not gooood!

Tips terakhir. TIDUR SECUKUPNYA. Minimum 6 jam. Standard 8 jam. Tapi aku sarankan sehari tu, tidurlah 8 jam. Tu waktu tidur yang sangat optimum dah. Tidur secukupnya membantu dari aspek penghadaman yang baik, tidak lesu, tubuh badan yang sihat. Sebenarnya kalau tidur tak cukup ni boleh lead kepada masalah-masalah lain seperti yang aku sebut tadi. Tak cukup tidur ni sangatlah tak baik. Please avoid it!

No comments:

Post a Comment