Friday, 16 March 2018

TIPS ONE



Salam.

Here are some tips yang aku nak share, apa yang aku buat masa #SPM2014 dulu. Since SPM is my memorable thing ever happen in my life. aku semangat sikit nak share hari ni. Tips pertama ialah *Solat 5 waktu sehari semalam*. Jangan pernah tinggal! Kalau ada yang tertinggal pun, qada balik solat tu. Sungguh weh, solat ini yang sebenarnya tangga kejayaan. Jujur aku cakap, aku ni pun memang manusia biasa. Before bulan 11 form 4, pengamalan agama aku masih terumbang ambing. Solat aku ada button on and off dia. Hidup aku, takyah cerita laa. Semua benda tak kena. tak tenang. buat maksiat, kalau cerita tu mmg buka aib sendiri lah!

Masa PMR, semua benda aku buat, macam mana orang buat untuk dapatkan Straight A dalam PMR. Study, fahamkan konsep, tanya cikgu, fight dalam kelas dapatkan sesama kawan2, dapatkan result yang baik for every test. Cuma satu aku tak buat, solat. Haha bongok kan?Nak mintak tolong Allah, tapi tak buat apa yang Allah mintak. Aku ada fight dengan sorang kawan ni, saingan aku lah kiranya dia ni. At last, PMR dia 8'A, aku dapat 7'A. Wallahi! Aku memang dah lama redha. Cuma aku buka balik untuk link-kan dgn kepentingan solat ni.

Masa ni aku down sangat. Bagi aku, aku dah kecewakan parents aku. Walaupun mama aku tak marah pun. Ya lah, result 7'A, parents mana yang tak bangga? Cuma aku ja, aku rasa aku dah kecewakan dia.Early 2013, aku macam dapat semangat baru untuk buat yang terbaik dalam pelajaran. Aku dah taknak kecewa parents aku. *Kenapa aku rasa aku kecewakan mama aku masa tak dapat straight A tu, nanti aku cerita lain.

Early 2013, aku macam dapat semangat baru untuk buat yang terbaik dalam pelajaran. Aku dah taknak kecewa parents aku. *Kenapa aku rasa aku kecewakan mama aku masa tak dapat straight A tu, nanti aku cerita lain.Time form 4 tu, alhamdulillah, aku dapat kawan2 yang masing2 sedang berusaha mencari Allah. Masing2 pun tengah struggle weh. Family kami bukan dari keluarga yang tinggi ilmu agama. Jadi masing2 hanya ada kawan2 untuk support antara satu sama lain. Tapi masa ni, aku fake lagi. :(

Aku tak buat bersungguh-sungguh. Hujung form4 tu, barulah pelan-pelan hidayah Allah itu muncul. Bermula dari aku baca satu novel ni. 13 Jam A380 by Evelyn Rose. Wallahi, sentap teruk time baca ni. Aku rasa kena sangat watak perempuan tu dengan aku, yakni FAKE! Start dari situ, aku slow-slow solat. Tenang weh rasa dia. Nikmat weh zaman ni! Pernah satu malam, aku nak tinggal solat isyak. Sebab aku dah mengantuk sangat. Tetiba buka twitter, i found ada orang tweet.

"Kau tak solat isyak, lepas tu kau masuk tidur. Sedar-sedar, kau dah di alam lain( alam barzakh)." Masa ni, Allah! Zrappp! Hati bagai tertusuk sembilu. Aku takut gila.Sejak hari itu, aku pun menunaikan solat. haha Kalau ada yang aku tinggal tu which is tertinggal mahupun sengaja tinggal, aku ganti balik. Aku takut. Sejak aku solat ni, aku perasan satu benda, result aku makin baik, aku senang nak catch up pelajaran, hidup aku makin tenang(sebab aku ada tempat mengadu), everything became easier for me. Alhamdulillah... sebab tu aku kata, rahsia UTAMA kejayaan ni bukan usaha tapi solat. Aku tak study teruk2 pun as compared to apa yang aku buat time PMR. Alhamdulillah...

Secondly, is kau kena ada AZAM. Azam ni bagi aku penting. Bila kau ada azam, kau akan rasa nak usaha to achieve your target. Macam tahun 2014 dulu aku ada target aku sendiri. Aku selongkar jugak tadi, kalau-kalau boleh share dengan korang. Tapi tak jumpa pulak. huhu

Thirdly, LETAKKAN TARGET MELEBIHI KEMAMPUAN. Okay maybe part ni ramai tak setuju. Tapi benda ni berlaku kat aku, menyebabkan aku percaya benda ni. Tapi benda ni perlu disertai dengan redha :') Bagi aku, kalau kau letak target tinggi2, kau akan usaha lebih untuk capai target tu!For instance, benda ni aku pernah rasa. Masa form4 dulu, aku rasa aku mampu untuk score 8'A 2'B. I wrote it in my Azam 2014. Thus, mula2 form 5 tuu, aku hanya focus untuk 8 subjek yang aku target A tu je. Lagi dua subjek, kurang ku beri penekanan. Then, aku tak ingat bila...

Aku tengok buku member aku sorang ni. Setiap buku dia, dia tulis A+ besar2. Aku tanya dia, "kau memang target nak dapat A+ ke untuk Physics ni?" *masa tu aku tgk buku physics dia. Lepas tu dia cakap, dia pun tak yakin sebenarnya. But, everytime she look at the A+,she got the enthusiasm to work hard and want to achieve it. Then, I try. Dude, menjadi dude! Kau akan rasa lain. Kau akan lebih bersemangat untuk belajar. Kau akan jadi lebih fokus. Mindset kau akan jadi, "aku nak 9A+ and i wanna achieve it!" *tapi jauh lubuk hati, rasa tak yakin masih wujud sebenarnya. Ya lah, 9A+ kot! Cuma, good side nya, mindset kau dah berubah. Kau dah ada semangat baru! Hasilnya, hahaha good result lah dalam SPM. Roughly, aku boleh cakap, I got straight A laa in my SPM. Aku bukan nak jaja result aku. Jangan salah faham :')

One last thing is, BE AN OBEDIENT SLAVE OF ALLAH AND A GOOD CHILD TO YOUR PARENTS. Ini penting dude! Aku bagi ringkas je la kan. 'Untuk dapat redha Allah, kau perlukan redha ibubapa kau dulu.' Easy? Bila jadi anak yang berbakti pada orang tua, confirm2 Allah sayang kita, kan? :')

Okey, macam aku kata tadi, aku cuma share something beneficial with you guys. Kalau korang rasa bermanfaat, ambil dan amalkan. Kalau tak, sokay. Ni cuma sebahagian dari perkongsian aku je... That's it, Thank you. - Si Biru Oren

Thursday, 15 March 2018

Rahsia

Assalamualaikum, everyone

Petang ni aku tak buat apa. Aku merapu tengok Youtube saja tadi. Tak buat apa, tak bermakna tak ada kerja :') Kerja aku berlambak, Allahu! Aku yang tak buat, haih! Aku bukak nota FAR, cuba hadamkan untuk buat Tutorial malam nanti, ternyata... tak mampu bertahan lama. *sigh*

Jadi, aku pun teringat nak kongsi satu perkara petang ni. Dah lama aku nak berkongsi perkara-perkara yang aku pernah buat dalam hidup aku ni. Tapi tu lah, orang cakap tak elok jaja benda baik yang kita buat pada orang. Kata-kata tu buat aku jadi introvert dan sampai benda yang memberi manfaat pun aku tak berani nak share. Aku takut jatuh riak. Aku pun manusia biasa, guys. 

Sebelum itu, cuma nak berkongsi kata-kata. "Sembunyikanlah perkara baik seperti mana kau sembunyikan perkata jahat yang kau lakukan." Dude, aku suka kata-kata ni. Aku pernah baca dalam satu buku bertajuk Equation by Mr. Apis. Maksudya, kalau kau buat benda jahat, confirm2 lah kau sembunyikan tak bagi tahu orang. Macam tu juga kalau kau nak buat benda baik. Bila buat baik ni, tak perlu pun nak jaja cerita dekat orang. Orang bukannya kisah pun. #NotaUntukDiri

Sebab itulah, aku ambil keputusan untuk berselindung disebalik watak Si Biru Oren ni. Aku tak mahu apa yang buat ni menyebabkan aku jatuh riak. Nauzubillahiminzalik...

Okay, back to the topic. Aku nak kongsi satu rahsia yang bagi aku, ini sebenarnya adalah keajaiban Allah, tanda Allah itu Maha Pemurah dan Dia juga Maha Penyayang. Satu rahsia, result aku dekan setiap semester (btw, baru tiga semesterlah), kat matrik dulu dapat 4.0 flat dan SPM aku dapat 9A. Wallahi, bukan niat aku nak jaja result aku. Please jangan salah faham.

Bagi aku ni memang satu keajaiban Allah. Banyak benda yang aku buat sebelum ni. Tapi semua tu ada "Turn on turn off" dia. Tapi satu perkara yang aku amalkan sejak dari aku dibangku PMR lagi. (tapi time PMR ni, aku cheated jugak dalam melakukannya. Sebab baru nak try maybe, iman masih goyah? Haha)

Masa semester 3 hari tu pun, aku sangat pemalas. Aku tak pergi kelas. Aku masuk kelas, aku tidur. Aku kutuk lecturer. Aku salahkan lecturer(ni benda biasa aku buat sem lepas). Aku tak jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan (kenapa aku guna pergaulan dan bukan iktilat? Sebab aku punya tak jaga tu, Allahu! Aku malu dengan diri sendiri!). Aku terlampau fokus dekat aktiviti kelab, pelajaran, aku abaikan. Aku masuk kelas zero, aku keluar pun zero. I gained nothing! Aku sangat berubah. 

But Allah helped me. Walaupun result aku jatuh, ia tak jatuh mendadak. I got 3.58 GPA. Allahu! Dia punya rasa seronok tu, rasa nak lepas ke angkasa tau. Untuk orang yang memang tak study macam aku, aku sangat-sangat bersyukur!

Dalam banyak-banyak benda aku pernah buat, amalan ni aku tak tinggal. It is about Puasa Nazar. Pernah dengar kan puasa nazar? Masa PMR dulu, aku pernah belajar. Okay, bagi yang tak tahu, meh aku terangkan dalam fahaman aku secara ringkas. Wallahi, aku tak pandai sangat nak terangkan secara Islamiknya. 

Puasa Nazar ni, dia macam kau ada hajat nak mintak dari Allah. Lepas tu, kau puasa nazar untuk minta Allah makbulkan hajat kau. Macam tulah secara ringkasnya. Bagi aku, ni memang like a miracle that Allah grant me! Meh aku bagi satu analogi. Kau nak makan ais kacang. Kau pi kedai nak dapatkan ais kacang. Mestilah kau kena bayar dulu baru dapat ais kacang tu kan? Kau nak minta tolong Allah, tapi takkan tak ada apa-apa balasan untuk Dia? Jadi dengan cara berpuasa nazar, kau memberi kepada Allah, dengan harapan Allah tolong kau.

Okay, satu lagi analogi aku bagi. Katakanlah, kau tolong seseorang tu ikhlas tanpa harapkan apa-apa balasan. Tiba-tiba orang yang kau tolong tu, bagi kau present tanda terima kasih dia sebab kau tolong dia. Padahal kau tak harapkan apa-apa balasan pun. Apa perasaan kau? Aku pasti kau rasa gembira, senang hati, kau rasa macam 'weh! aku tolong dia ikhlas kot, tapi dia ingat jugak kat aku.' Mesti seronokkan perasaan tu?

Okay, sekarang aplikasikan dalam cerita kau. Asal-asal Allah memang nak bantu kau. Lepas tu, kau puasa nazar. Weh, Allah seronok weh. Sebab apa? Sebab hamba Dia ingat pada Dia. Sebab hamba Dia tak minta tolong selain dari Dia. Sebab hamba Dia bergantung harap hanya pada Dia. Allahu! Allah nak tolong pun, Dia rasa seronok. Dari dia nak bagi sikit, Dia bagi lebih lagi. Sebabnya? Allah ni Maha Penyayang weh. Dia sayang hamba-hamba Dia. Kita je yang hmmm.. :')

Jadi, aku fikir setakat ni dulu kot. Dengan dua analogi yang aku sertakan ni, aku harap korang faham maksud 'rahsia' yang aku cuba sampaikan. Macam aku cakap tadi, this is just a sharing. Aku tak paksa korang pun. Tapi kalau nak tengok keajaiban itu, cubalah guys! I can guarantee you. Niatkan yang kau betul-betul nak minta tolong Allah. So, chill! -sharing my love with love, Si Biru Oren ;)
x

Tuesday, 13 March 2018

Pengenalan

Assalamualaikum wbt semua.

*tengok jam* Selamat Pagi...

Pagi ini, aku bangun bersiap untuk kelas seperti biasa. Tapi nasib baik aku bukak whatsapp sebelum gerak ke kelas. Member dalam group bagi tahu yang kelas pagi cancel. haha sebagai insan yang lemah, hati aku melonjak kegembiraan. *aduhai... lemah... lemah...

Jadi, pagi ini aku hanya nak berkenalan dulu. Aku tulis blog ni untuk berkongsi pendapat aku dan berkongsi kisah-kisah aku saja sebenarnya. Sebelum ini pun, aku pernah ada blog. Tapi, lama dahulu kala. Zaman-zaman budak baru nak up dulu. Kongsi cerita... Design-design blog, lawan blog siapa yang paling cantik... *aduhai... tak matangnya zaman tuu

Lepas SPM, aku mengambil keputusan untuk delete blog macam tu. Empat tahun jugak menyepi dari dunia blogging ni, hari ni sebelum nak gerak pergi kelas, aku buat keputusan untuk buat blog baru. Sebenarnya, dah lama plan nak blogging balik, tapi memikirkan yang aku ni pelajar perakaunan, aku rasa benda ni buang masa. Lagipun, aku tengah ada komitmen lain. Dengan kelab lagi, dengan perangai aku yang nak lagha lagi. Aduhai...

Tapi hari ni, aku tekad. Aku nak jugak blogging balik. Kali ni bukan untuk nak lawan blog siapa paling cantik dah, tapi lebih kepada aku nak berkongsi dengan korang semua. In shaa Allah... So, stay tune!