Assalamualaikum wbt semua orang!
Hari ni
aku free, maklumlah report dah siap. Siap pos pada pensyarah lagi! Aku
dah malas nak fikir. haha Jadi, hari ni aku kongsi sikit tentang perjalanan mama menguruskan
berat badan. Sebelum ni mama aku berat 83kg dan sekarang 65kg dan sedang
berusaha mengurangkan lagi. In Shaa Allah. Lets strive more!
Mama
aku ni seorang ibu tunggal. Dah lama solo. Sejak aku enam tahun lagi. Bila
orang tak bersuami ni, kau faham-faham saja lah. Makan tak jaga, penampilan tak
jaga. Mama cuba untuk kurus bukan tak cuba. Tapi tidak berhasil. Atau aku boleh katakan, cara tu salah. Macam produk
kurus mama cuba, semuanya menemui kegagalan. Dulu masa kecil, aku tak kisah
sangatlah mama makan ubat kurus semua tu. Yalah, budak lagi. Tak tahu apa-apa
lagi. Bila dah besar ni, dah terbuka sikit minda, kenal sikit dunia, aku tahu
ubat kurus langsung tak membantu. Malahan, akan menyebabkan kesan-kesan buruk
lagi! Aku suruh mama berhenti.
Alhamdulillah,
mama berhenti amalkan ubat-ubat kurus tu semua dan beralih petua-petua
tradisional pula! aih, mama.. mama... Bermacam-macam petua mama buat, tetapi tetap tiada hasilnya. Mama juga pernah cut nasi selama sebulan, tetap tak berhasil!
Sampailah
satu tahap, aku tengok mama sakit lutut. Nak jalan, masalah. Nak buat kerja, masalah.
Paling aku kasihan dan tak boleh tengok, mama solat atas kerusi! Masa ni aku
dah tak boleh tengok. Aku kena buat sesuatu.
Aku ada
follow lama dah sorang coach fit trainer di Instagram. Aku approach dia. Aku senyap-senyap
daftarkan mama bawah kendalian dia. Aku ingat aku nak buat surprise. Sekali,
aku yang ter-surprise bila mama marah aku. Hahaha mama cakap bazir duit. Yalah,
aku bayar tu pakai duit biasiswa aku yang sepatutnya aku gunakan untuk pelajaran.
Itu yang mama marah sangat tu. Aku cakap ‘takpa, mama ikut dulu program ni. Lepas
habis program, kalau tak ada hasil, mama boleh balun ceq.’
Luckily,
mama terima cadangan aku. Aku dah susah hati dah. Kalau mama refused, melayang duit
aku . Hahaha
Sepanjang
program ni, ada ramai coach yang bimbing tentang pengambilan makanan. Cara pengambilan
karbo, protein, fibre dan sebagainya. Kalau kau ada sebarang soalan, kemuka
saja dalam whatsapp group. Akan ada coach yang membimbing. Jangan risau! Selain
tu, peserta-peserta program ni jugak supportive habis. Yalah, semua orang
berkongsi impian yang sama. Nak kurus! Sistem sokongan mereka padu habis! Mama yang kadang-kadang rasa nak give up pun terus tak jadi. Terus semangat balik! Alhamdulillah.
Selepas
sebulan mama join, tiba hari terakhir program dan hari timbang para peserta. Debaran
terasa. Mama naik alat penimbang digital tu, guess what? Mama turun 4.5kg
selepas sebulan mengamalkan gaya hidup sihat. Alhamdulillah! Mama cakap yang mama nak stay dalam program
tu dan minta aku daftarkan menjadi ahli.
Mama
cakap mama nak bantu orang lain juga untuk bersama-sama mama mendapatkan berat badan
yang ideal. Mama cakap lagi, dulu mama tak ada medium untuk cari ilmu untuk kuruskan
badan. Dia taknak orang lain pun mengalami masalah yang sama.
Jadi,
aku nak ajak korang semua yang mana nak menurunkan berat badan. Aku boleh
tolong korang. Kita nak sihat sama-sama kan? Wassap aku di talian 019-522 3143. Aku akan sampaikan pada mama. In shaa Allah, let’s go through this journey together. Mama aku sendiri dah berjaya.
Aku saksi dan aku nak jadi saksi untuk tengok korang kurus pula. Wassap aku okay! 019-522
3143/019-504 6228(Mama)
See yeah next time. Assalamualaikum!
No comments:
Post a Comment