Monday, 13 September 2021

Road to Chartered Accountant!

 Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum dan selamat pagi. Ya, masih pagi dan aku tak ada kerja untuk dibuat. Aku dah tanya senior aku, kalau-kalau dia perlukan pertolongan, tapi dia cakap. 'It's okay, you do your thing first, if I have work for you, I will let you know.'

Aku pun apa lagi, sting aku yahuuu lah!

Makanya, 'I do my thing first' pun bermula. haha

Mereka suruh aku cari kedai makan yang best kat Sungai Petani ni. Memang aku tak tahu lah weh. Dah nama pun duduk Sungai Petani, lebih baik aku makan di rumah. Dah jimat! hihihi

Aku tak tahu nak bercerita apa tapi rasa bosan lah pula tak ada buat apa-apa. Jadi, aku nak cerita tentang jalan-jalan yang boleh kita pilih untuk jadi Akauntan Bertauliah a.k.a Chartered Accountant. Rasa macam nak kongsi ilmu ni sikit. Aku pun tak adalah ada ilmu sangat. Sikit-sikit saja yang aku tahu.

Akauntan bertauliah, namanya pun bertauliah. Definitely, it is not an easy journey. Tetapi ramai dah berjaya kecapi kejayaan ini, jadi tidak mustahil untuk kita kecapinya juga. And it will definitely worth you. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita mulakan. Aku mulakan dari lepasan SPM ya. Sebab aku masa lepas SPM dulu pun, blur-blur lagi nak ambil apa untuk jadi akauntan.


1) Matrikulasi KPM

Pertama sekali, lepas SPM, kalian boleh masuk matrikulasi Program Satu Tahun Perakaunan. Macam aku dulu, aku masuk matrikulasi. Ramai cakap masuk matrik ni, susah. Matrik ni untuk budak-budak pandai saja. Bagi aku, ya memang susah. Tapi belajar apa yang tak susah dik? Dulu masa kau SPM pun, susah kan? But, you did it! Kau masuk degree nanti, baru kau tahu erti susah yang sebenarnya. Muehehe...

Untuk matriculation route, dia macam program persediaan. Alaa, macam program asasi tu. Kat matrikulasi, kalian akan belajar empat subjek wajib iaitu Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Matematik dan Ekonomi. Subjek-subjek ini akan dikira dalam CGPA kalian. Subjek-subjek lain yang kalian akan ambil adalah seperti Bahasa Inggeris, Kemahiran Dinamika, Kokurikulum dan Pendidikan Islam. Alaa, macam kelas santai-santai dan kelas adab dan pengetahuan. Nanti kalau asyik fokus akademik saja, adab dan agama kelaut pula. Tak boleh, tak boleh... hihihi

Cuma kelemahan matrikulasi ni, kalian akan belajar dalam bahasa melayu. Zaman aku dulu lah, 2015/2016. Sekarang aku tak tahu. Mungkin kalian tanya siapa-siapa yang masih di matrikulasi. Orang cakap matrikulasi ni susah, tapi bagi aku, matrikulasi lagi senang berbanding asasi, diploma dan STPM. Weh, STPM tu susah tau sebenarnya.

Okay, berbalik pada perbincangan tadi. Ya, di matrikulasi, kalian belajar dalam bahasa Melayu dan ini adalah satu kelemahan. Sebab apa? Sebab bila kalian masuk degree nanti, semua pembelajaran adalah dalam bahasa inggeris. You will be a little bit struggling to convert all your ilmu to English version. Paling simple lah aku bagi, kos lepas adalah opportunity cost dalam bahasa inggeris, dik. Boleh hadam tak? Mana datang kos lepas tu opportunity cost woi! hahaha

Kemudian, kalian masuk degree level, kemudian ambil professional papers.


2) Program asasi dan persediaan. 

Program asasi ni pula adalah program yang disediakan oleh pihak universiti. Kalian boleh mohon melalui laman sesawang universiti yang kalian nak pergi tu. Alaa, yang UPU tu. Disebabkan aku ni budak UUM, aku cerita pasal Program Asasi UUM lah ya. Program Asasi UUM ni, mereka belajar subjek-subjek pengurusan lah. Of course, nama pun 'UUM, the eminent management university. Lebih kurang matrikulasi juga, mereka belajar subjek asas untuk degree program. Tapi asasi ni, tiga semester. Maktrikulasi, dua semester sahaja. Kedua-duanya, setahun tempoh pengajian. Terpulang pada kalian, kalian nak pilih yang mana.

Oh ya, pembelajaran program ni dalam bahasa inggeris tau. Ni satu kelebihan lah. Cuma kelemahan kalau ambil asasi kat UUM ni, kalian wajib teruskan degree dekat UUM juga lah. Tapi bagi aku, ni bukan kelemahan. Sekurang-kurangnya pengajian degree kalian dah terjamin. 

Kemudian, kalian masuk degree dan seterusnya professional papers.


3) Program diploma

Okay untuk yang ketiga ni, ialah program diploma. Program diploma ni, adik aku masuk diploma. Dalam program diploma, ada diploma dua tahun dan ada diploma tiga tahun. Bergantung pada tempat pengajian yang kalian pilih. Nak ulas satu-satu, takut jadi panjang sangat pula nanti. Bagi aku cara pembelajaran di peringkat diploma ni tidak terlalu padatlah kalau nak dibandingkan dengan asasi dan matrikulasi. Korang ada banyak masa untuk self-study. So, make sure kalian belajar betul-betul lah. hahaha

Kalian akan sentuh banyak subjek yang akan kalian belajar di peringkat degree, jadi tempoh pengajian di peringkat degree boleh dikurangkan. Selalunya pelajar diploma boleh kurangkan satu semester pengajian tahu!

Cuma kelemahan diploma ni, tempoh kalian belajar tu jadi panjang lah. Tapi bagi aku, tak ada lah panjang sangat. Beza setengah hingga setahun saja dari batchmate kalian yang lain. Still acceptable what!

Kemudian, kalian sambung degree seterusnya professional papers. Tapi, kalau untuk ACCA (yang aku tahu, PQ lain, aku tak tahu), kalian boleh sambung professional papers right after diploma. By the way, PQ= Professional Qualification.


4) Kelayakan Profesional

Last but not least, kalian boleh terus ambil professional papers lepas SPM. Sekarang ni banyak dah professional papers yang diterima di Malaysia ni. Antaranya ACCA, MICPA dan ICAEW. Tiga ni professional papers yang popular lah di Malaysia. Sebenarnya untung tau, sambung professional papers terus lepas SPM. Dia macam, perjalanan kerjaya kalian dah tertumpu. Tak perlu dah nak pening-pening, ragu-ragu nak sambung apa degree nanti. Sebab taraf dia sama. 

Tambahan pula sekarang ni, majikan sangat mencari mereka yang ada professional qualification ni ya berbanding pelajar degree. Memanglah mereka tak wajibkan, tapi pra syarat dia tu, dah macam mewajibkan dah. Kalau pergi firma audit yang besar-besar, mereka dah wajibkan ambil professional papers ni. Tapi aku faham, tak semua orang berkemampuan. Jadi bagi aku, kalau kita ada ruang dan peluang seperti biasiswa ataupun sumbangan PA-MA, you better grab the opportunity. Sebab ia sangat memudahkan masa hadapan kalian. Bak kata pepatah, susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Eh, betul ke peribahasa aku ni?

Apa-apapun, untuk semua perjalanan di atas, kalian perlu ada tiga tahun pengalaman dalam audit dulu ya. Baru, boleh melayakkan kalian sebagai Akauntan Bertauliah. Kalian pilihlah cabang mana kalian nak pilih sebelum ke alam pekerjaan. Apapun, macam orang selalu kata, tak susah nak susah, tak senang nak senang. Disebalik kesusahan, pasti ada kesenangan. Wishing you guys all the best! May Allah ease our journey to His Jannah. In shaa Allah.


Itu sahaja untuk kali ini. Kalau kalian nak tahu lagi apa-apa tentang cabang perakaunan, atau apa-apa sahaja lah, kalian tulis saja permintaan korang di chat box ya. Kalau aku tahu, aku akan kongsikan. Okey, itu saja untuk hari ni, till next time! Assalamualaikum.


Friday, 21 August 2020

Skincare Routine

    Assalamualaikum everybody! Okay, hari ni aku nak share tentang skincare yang aku guna. Basically, semua dari Herbalife Nutrition. Aku first guna skincare ni sebab aku pakai serum keluaran Herbalife ni lah. Mula-mula pakai sebab saja nak try. Baru dua kali pakai, aku dah in love teruk dengan tekstur dia! Tekstur pekat nak mati weh!

    Masa mula-mula sampai tu, aku macam “Besar ni ja, dah 200 lebih?” Ya, itu reaksi aku masa mula-mula buka parcel Herbalife Nutrition tu. Bila aku pakai, barulah aku tahu. Kecil-kecil cili padi. Saiz kecil, tapi kualiti! Disebabkan tekstur dia pekat tu, satu pam pun dah cukup. Jimat sangat!

    Kemudian, aku pun berjinak-jinaklah mencuba skincare products Herbalife Nutrition yang lain. So, let’s start the treasure hunt! Ehh hahaha

            So, basically skin aku adalah oily combination type. Jadi aku nak tunjuk products yang untuk oily and combination type lah okay!

 

1) Pencuci: Polishing Citrus Cleanser

 ðŸŒž Polishing Citrus Cleanser 150ml 🌿 HERBALIFE SKIN | Shopee Malaysia

Microbead mencuci dengan mendalam untuk menyegarkan kulit korang menjadikan ia nampak sihat berseri.

Manfaat Utama

  • ·         Pembersih haruman segar dengan bayangan oren segar dan limau gedang. Sesuai untuk kulit         normal dan berminyak.
  • ·         Diuji secara klinikal untuk mengurangkan sebum yang dihasilkan oleh kulit selepas sekali             penggunaan sahaja.
  • ·         Formula gel ringan dengan microbead yang mentenagakan.
  • ·         Membuatkan kulit anda berasa segar yang menakjubkan.
  • ·         Bebas paraben. Bebas sulfat. Diuji pakar dermatologi.

Saiz                 : 150ml

 

2) Toner: Energizing Herbal Toner

 Energising Herbal Toner No. 2 - Herbalife Independant Member

Toner wajah dengan infusi aloe vera dan bebas alkohol berharuman sitrus Mandarin menyediakan penghidratan kepada kulit korang dan menyegarkan kulit yang nampak tidak bermaya.

 

Manfaat Utama

·         Panduan penggunaan waktu AM/PM membantu menyediakan kulit korang untuk dengan lebih baik menyerap serum, pelembap siang atau waktu malam bagi memberikan hasil maksimum.

  • ·         Merapikan kulit korang dengan lembut.
  • ·         Kulit korang akan berasa segar dan bersih tanpa kekeringan atau terasa mencucuk.
  • ·         Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • ·         Bebas paraben. Diuji pakar dermatologi.

Saiz                 : 30ml

Saiz                 : 150ml

 

3) Serum: Line Minimizing Serum

 Herbalife SKIN Line Minimizing Serum

Serum pelbagai fungsi ini membantu mengurangkan tanda-tanda jelas penuaan.

 

Manfaat Utama

  • ·         Panduan penggunaan waktu AM/PM membantu memaksimumkan hasil anda.
  • ·         Mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.
  • ·         Ujian klinikal menunjukkan pembaikan yang memberangsangkan dari segi kelembutan,                 kelicinan, seri, kecahayaan dan kecerahan kulit dalam hanya tujuh hari.
  • ·         Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • ·         Bebas paraben. Diuji pakar dermatologi.

 Saiz                 : 30ml

 

4) Eye cream: Firming Eye Gel

Herbalife SKIN Firming Eye Gel

Membantu memperbaiki penampilan kawasan mata yang sensitif dengan meningkatkan keanjalan kulit anda.

 

Manfaat Utama

  • ·         Membantu memperbaiki penampilan kepejalan di kawasan mata.
  • ·         Mengandungi ekstrak timun yang menyegarkan.
  • ·         Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • ·         Bebas paraben. Diuji pakar dermatologi.

Saiz                 : 15ml

 

5) Moisturizer & Sunscreen: Protective Moisturizer SPA/PA+++

 Herbalife Nutrition Independent Member | ShoptoShape | Herbalife SKIN™ Protective  Moisturizer Broad Spectrum SPF 30 Sunscreen

Pelembap yang membelai kulit agar licin dan lembut di samping menawarkan spectrum perlindungan UVA/UVB yang luas terhadap sinaran suria yang membahayakan.

Manfaat Utama

  • ·         Mengandungi aloe yang melembapkan kulit.
  • ·         Dirumus untuk melicinkan dan melembutkan kulit.
  • ·         Membantu menghalang selaran matahari.
  • ·         Tiada penambahan paraben.
  • ·         Diuji oleh pakar dermatologi.

Saiz                 : 30ml

 

Dua kali seminggu, aku akan skrub muka aku guna…

 

6) Instant Reveal Berry Scrub

 Ready Stock Sales!!!] Herbalife SKIN® Instant Reveal Berry Scrub 120ml |  Shopee Malaysia

Lulur yang kaya dengan unsur antioksidan menggunakan biji beri untuk pengelupasan, yang membantu mendapatkan kulit yang lembut dan licin.

 

Manfaat Utama

  • ·         Menyerlahkan kulit yang lebih sihat.
  • ·         Haruman yang segar dan berbau buah menghidupkan deria.
  • ·         Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • ·         Bebas paraben. Bebas sulfat. Diuji pakar dermatologi.

Saiz                 : 120ml

 

7) Last but not least and will always be my favourite is Herbalife Collagen Plus Powder Oren

Herbalife Collagen Plus Powder

Ketika proses penuaan semakin meningkat, penghasilan kolagen dalam tubuh secara automatik menjadi semakin perlahan. Jadi apa sebenarnya kolagen? Kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat di dalam badan kita. Ia terdapat dalam otot, tulang, kulit, saluran darah, sistem pencernaan dan tendon. Inilah yang membantu menguatkan dan menganjalkan kulit kita.

 

Manfaat Utama

  • ·         Ia mengandungi kolagen hidrolisis ikan.
  • ·         Vitamin C - Menyokong pengembangan kolagen dan memberikan perlindungan antioksidan.
  • ·         Vitamin B2, B3, B6, Biotin, Zink dan Kuprum - Penting untuk kulit dan rambut yang sihat.

 

Fakta Pantas

Kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat di dalam badan kita dan terdapat dalam otot, tulang, kulit, saluran darah, sistem pencernaan dan tendon. Inilah yang membantu memberi kekuatan dan keanjalan kulit kita.

 

Penggunaan

Ambil sekali sehari. Campurkan 2 sudu (10 gram) Collagen Plus Serbuk dengan 120 ~ 240 ml air atau jus. Minum seperti yang disarankan semasa perut kosong

 

Saiz                 : 300g

Perisa               : Oren

 

Okay, itu sahaja perkongsian aku kali ini. Korang wassap aku di 019-522 3143 untuk maklumat lanjut okay. Aku akan guide korang satu per satu! 😊


RESEPI MOIST CHOCOLATE CAKE YANG MUDAH, SENANG, RINGKAS TAPI SEDAP!

     Assalamualaikum everyone! Hari ni aku boring level tak tahu nak buat apa. Aku decide untuk bake moist chocolate cake. Resepi ni aku dah banyak kali buat dan memang aku takkan berpaling darinya lah cerita dia. Thanks to highschool friend aku yang sudi kongsikan resepi ni dengan aku eventually help me to bake such an incredible cake ever yang aku pernah buat dalam hidup aku. Haha over bukan?

                So, without further delay, let’s get started!

 

RESEPI MOIST CHOCOLATE CAKE

SUPER MOIST CHOCOLATE CAKE | WITHOUT OVEN - YouTube 


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula merah

1 cawan susu pekat

1 cawan gula

4 biji telur gred C

1 cawan minyak masak

½ sudu kecil serbuk penaik

½ sudu kecil soda bikarbonat

 

Cara-cara

1. Putarkan gula dan susu pekat sehingga sebati, kemudian masukkan telur satu per satu dan puta sehingga kembang.

2. Kemudian masukkan gula merah dan minyak masak dan putar hingga sebati. Setelah sebati, masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk koko. Putarkan lagi hingga sebati.

3. Kukus kek selama 1 jam.


TIPS: Nak tahu kek dah masak ke belum, korang cucuk pisau kat tengah-tengah kek. Kalau lekat kek cair-cair tu, maksudnya belum masak sepenuhnya lagi. Korang kukus lagi sampai masak sepenuhnya.

Senang bukan? Senang, ringkas, mudah. Tapi sedap. Cubalah! Thank me later! hahaha So, see yeah next time. Bye ^^

 

Tuesday, 18 August 2020

Perjalanan kurus mama dan jom kurus bersama!

 Assalamualaikum wbt semua orang!

                Hari ni aku free, maklumlah report dah siap. Siap pos pada pensyarah lagi! Aku dah malas nak fikir. haha Jadi, hari ni aku kongsi sikit tentang perjalanan mama menguruskan berat badan. Sebelum ni mama aku berat 83kg dan sekarang 65kg dan sedang berusaha mengurangkan lagi. In Shaa Allah. Lets strive more!

                Mama aku ni seorang ibu tunggal. Dah lama solo. Sejak aku enam tahun lagi. Bila orang tak bersuami ni, kau faham-faham saja lah. Makan tak jaga, penampilan tak jaga. Mama cuba untuk kurus bukan tak cuba. Tapi tidak berhasil. Atau aku boleh katakan, cara tu salah. Macam produk kurus mama cuba, semuanya menemui kegagalan. Dulu masa kecil, aku tak kisah sangatlah mama makan ubat kurus semua tu. Yalah, budak lagi. Tak tahu apa-apa lagi. Bila dah besar ni, dah terbuka sikit minda, kenal sikit dunia, aku tahu ubat kurus langsung tak membantu. Malahan, akan menyebabkan kesan-kesan buruk lagi! Aku suruh mama berhenti.

                Alhamdulillah, mama berhenti amalkan ubat-ubat kurus tu semua dan beralih petua-petua tradisional pula! aih, mama.. mama... Bermacam-macam petua mama buat, tetapi tetap tiada hasilnya. Mama juga pernah cut nasi selama sebulan, tetap tak berhasil!

                Sampailah satu tahap, aku tengok mama sakit lutut. Nak jalan, masalah. Nak buat kerja, masalah. Paling aku kasihan dan tak boleh tengok, mama solat atas kerusi! Masa ni aku dah tak boleh tengok. Aku kena buat sesuatu.

                Aku ada follow lama dah sorang coach fit trainer di Instagram. Aku approach dia. Aku senyap-senyap daftarkan mama bawah kendalian dia. Aku ingat aku nak buat surprise. Sekali, aku yang ter-surprise bila mama marah aku. Hahaha mama cakap bazir duit. Yalah, aku bayar tu pakai duit biasiswa aku yang sepatutnya aku gunakan untuk pelajaran. Itu yang mama marah sangat tu. Aku cakap ‘takpa, mama ikut dulu program ni. Lepas habis program, kalau tak ada hasil, mama boleh balun ceq.’

                Luckily, mama terima cadangan aku. Aku dah susah hati dah. Kalau mama refused, melayang duit aku . Hahaha

                Sepanjang program ni, ada ramai coach yang bimbing tentang pengambilan makanan. Cara pengambilan karbo, protein, fibre dan sebagainya. Kalau kau ada sebarang soalan, kemuka saja dalam whatsapp group. Akan ada coach yang membimbing. Jangan risau! Selain tu, peserta-peserta program ni jugak supportive habis. Yalah, semua orang berkongsi impian yang sama. Nak kurus! Sistem sokongan mereka padu habis! Mama yang kadang-kadang rasa nak give up pun terus tak jadi. Terus semangat balik! Alhamdulillah.

                Selepas sebulan mama join, tiba hari terakhir program dan hari timbang para peserta. Debaran terasa. Mama naik alat penimbang digital tu, guess what? Mama turun 4.5kg selepas sebulan mengamalkan gaya hidup sihat. Alhamdulillah! Mama cakap yang mama nak stay dalam program tu dan minta aku daftarkan menjadi ahli.

                Mama cakap mama nak bantu orang lain juga untuk bersama-sama mama mendapatkan berat badan yang ideal. Mama cakap lagi, dulu mama tak ada medium untuk cari ilmu untuk kuruskan badan. Dia taknak orang lain pun mengalami masalah yang sama.

                Jadi, aku nak ajak korang semua yang mana nak menurunkan berat badan. Aku boleh tolong korang. Kita nak sihat sama-sama kan? Wassap aku di talian 019-522 3143. Aku akan sampaikan pada mama. In shaa Allah, let’s go through this journey together. Mama aku sendiri dah berjaya. Aku saksi dan aku nak jadi saksi untuk tengok korang kurus pula. Wassap aku okay! 019-522 3143/019-504 6228(Mama)

See yeah next time. Assalamualaikum!

Friday, 14 August 2020

Petua untuk merawat jerawat dan memudarkan parut jerawat

 Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Lamanya rasa tak ber-blogging. Hari ni aku rasa nak share some tips dan petua secara organik untuk merawat breakout, dimana benda ni aku sendiri amalkan. So, lets!


1) Aloe vera

Best Quality Fresh Aloe Vera Leaves Extract For Skin Care - Buy Aloe Vera  Gel,Aloe Vera Drink,Aloe Vera Product on Alibaba.com

    Yes, aloe vera atau kita kenali sebagai lidah buaya. Aku rasa benda ni semua orang dah tahu kan ? Selalunya aku akan pakai aloe vera bila aku rasa kulit aku berminyak sangat. Sampai rasa melekit, then aku memang akan keluar ke laman belakang dan ambil se-lidah lidah buaya ni. Aku akan cuci muka dengan pencuci muka dulu, kemudian tempek gel aloe vera ke seluruh wajah. Avoid bahagian mata okay! Karang ada yang menangis uhuk-uhuk! Perapkan di muka untuk 30 minit, kemudian bilas. Usually, aku akan buat weekend pagi.

Lepas pakai, memang ada rasa lembab teruk ah muka. Rasa lembut. In love sangat!


2) Minyak kelapa dara

Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu -  SENTIASAPANAS

    Ni petua kedua yang aku amalkan selain aloe vera. Aku selalu pakai minyak kelapa dara bila jerawat aku tak surut-surut. Contohnya, aku naik jerawat. Aku memang takkan picit jerawat okay! Taubat taknak buat kesilapan tu. Kalau lepas dua hari aku ber-skincare, tapi jerawat masih tak kecut. Aku memang ada cari lah minyak kelapa dara. Apa yang aku buat, aku cuci muka without pencuci muka, kemudian keringkan. Kemudian apply minyak kelapa dara ni. Ikutlah nak apply pada jerawat sahaja atau seluruh wajah. Being me, aku akan apply pada seluruh wajah. Kemudian, bilas dan basuh muka dengan pencuci muka.


3) Air beras

6 Manfaat Air Beras

    Ni petua paling senang nak buat dan super awesome. Masa basuh beras nak masak nasi tu, aku akan simpan air beras untuk diletakkan di wajah. Tapi amalan ni, aku buat bila aku breakdown ja tau. Kalau aku breakdown teruk (due to some reasons), aku memang takkan and takkan cuci muka dan buat skincare routine. Aku takut aku akan pressure muka aku. Aku akan gantikan semua rutin tadi dengan cara organik. Air beras ni, aku akan jadikan toner, which is lepas aku mandi without cuci muka dengan pencuci, aku akan spray air beras ke muka. Everytime lepas aku basuh muka, aku akan apply air beras ke muka. Bila dah okay balik, aku akan balik ke skincare rutin aku. Ya lah, renyah tau skincare routine cara organik ni.


Hah, kalau korang taknak renyeh-renyeh. Aku highly recommend....


Herbalife Collagen Plus Powder Halal Certified - Home | Facebook


Korang minum ja produk dari Herbalife ni. Presenting to you, Collagen Plus Powder. Apa khasiat yang korang boleh dapat dari produk ni ? 

Kita ni mungkin kelihatan awet muda pada usia remaja , tetapi ketika proses penuaan semakin meningkat, penghasilan kolagen dalam tubuh secara automatik menjadi semakin perlahan.

Jadi apa sebenarnya kolagen? Kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat di dalam badan kita. Ia terdapat dalam otot, tulang, kulit, saluran darah, sistem pencernaan dan tendon. Inilah yang membantu menguatkan dan menganjalkan kulit kita.


Manfaat Penting:

Ia mengandungi kolagen hidrolisis ikan.

Vitamin C - Menyokong pengembangan kolagen dan memberikan perlindungan antioksidan.

Vitamin B2, B3, B6, Biotin, Zink dan Kuprum - Penting untuk kulit dan rambut yang sihat.


Fakta Ringkas:

Kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat di dalam badan kita dan terdapat dalam otot, tulang, kulit, saluran darah, sistem pencernaan dan tendon. Inilah yang membantu memberi kekuatan dan keanjalan kulit kita.


cc: Coach Fariha Saibani (http://fariha-saibani.blogspot.com/2016/10/pakej-dan-harga-produk-herbalife.html)


Disini aku nak share testimoni sendiri, masa aku breakdown teruk sebab makan produk ***, kononnya produk pemutih. Kalau aku sebut, aku bid korang tau produk tu. Sebab viral gila. Bodohnya aku laahaii. Hm dah lah. Jom berubah ke arah yang lebih baik. Yeay!

From this:                                                                       To this:


And still struggling to get a healthier skin. If you are interested to try beautiful savior, kindly let me know okay! Wassap aku di 019-522 3143 dan aku akan cerita detail lagi :)

Monday, 20 May 2019

Al-Fatihah, Insyirah Az-Zahra...

Bismillahirrahmanirrahim...

Pantas.

Satu kata yang boleh aku ungkap selepas semua perkara ini berlaku. Ia berlalu dengan sangat cepat. Kami terima berita itu jam tiga petang, semalam jam dua belas beliau selamat dikebumikan. Otak masing-masing masih mencerna perkara yang berlaku. Ia pantas! Tak sempat fikiran ini menghadam babak-babak yang terhidang di depan mata ini.

Aku bangun dari tidur petang semalam, aku buka whatsapp group budak kelab. Perbualan dimulakan oleh F. Tetapi perbualannya dipadam. Jadi aku scroll ke bawah. Masing-masing mengucapkan takziah, al-Fatihah, ucapan "Innalillahi wa inna ilaihiroji'un". Aku mulai tak sedap hati. Siapa pulak meninggal ni? Aku balik semula dan membuka ruangan chatting yang lain.

Mesej kedua ku buka dari N. Dia menyeru aku sejam yang lalu. Aku mengiyakan.

"NIA, Inci meninggal. Accident."

Allahu akbar!

Terkejut besar aku menerima berita itu. Aku yakin yang lain juga begitu. Aku bertanya lagi untuk kepastian.

"Meninggal ke? Takkan sampai meninggal."

"Mereka cakap meninggal. Kecederaan teruk di kepala." Otak aku cuba mencerna berita yang baru diterima. Subhanallah! Kamu pergi di bulan yang mulia, Inci. Di fasa pengampunan. Subhanallah!

Aku ni kategori tak berapa rapat dengan Inci. Hubungan kami hanya sekadar senior-junior dan rakan-rakan dalam kelab. Jadi aku tak berapa kenal rapat dengan Inci.

Namun, pemergian Inci membuatkan aku terfikir banyak perkara. Pergi diusia yang sangat muda iaitu 21 tahun, membuatkan aku terfikir. Betullah orang kata ajal maut itu tak kenal usia. Andai ditakdirkan untuk kita pergi menghadap Ilahi, maka tercabutlah roh dari jasad. Persoalannya, sudah bersediakah kita?

Ketika aku memberitahu rakan-rakan aku yang aku hendak keluar menjenguk rakan meninggal. Masing-masing menitipkan pesan agar hati-hati di jalanan. Saat itu, aku fikir. Andai ditakdirkan, aku meninggal dalam perjalanan untuk bertemu Inci, sudah bersediakah aku mahu bertemu Allah? Dengan solat-solat lama yang dibelum diqada. Dengan aku yang masih belum minta ampun pada mama, maktok dan keluarga yang lain. Dengan hutang-hutang aku pada orang yang masih belum ku bayar. Dengan aku yang masih belum minta maaf pada orang. Sudah bersediakah aku untuk bertemu Allah? Menggigil kaki ini hendak menjawab persoalan itu.

Tetapi bagi aku, pemergian Inci adalah disebabkan Allah sangat sayang kepadanya. Aku pernah dengar orang cakap, Allah ambil nyawa orang-orang soleh diusia muda sebab Allah sangat sayang padanya. Orang yang umurnya panjang, Allah mahu beri ruang untuk dia bertaubat.

Kenapa aku cakap Allah sayang Inci?

Petang itu, kami berangkat ke hospital Jitra. Satu perkara membuatkan aku cukup kagum. Rakan-rakan yang menemani arwah dibedah siasat di hospital ramai sangat. Boleh dikatakan, aku ke surau, ada kawan Inci. Aku ke kafe, ada kawan Inci. Aku ke parking kereta, ada kawan Inci. Subhanallah! She must be a very nice person! Kalau tidak, masakkan sebegini ramai kawan-kawan yang menemaninya. Pengajaran yang aku dapat, "Please be nice to people!"

Sebagai orang yang tak rapat dengan Inci, satu perkara lagi yang aku boleh cakap tentang dia. Dia sangat baik, sangat positif dan tak suka jaga tepi kain orang. Dia hanya buat hal dia ja. Dia tak suka bergosip hal orang. Kalau dia dengar orang bergosip, dia diam ja. Dia tak masuk campur pun. Dia tak suka cakap buruk tentang orang. Itu yang aku sangat kagum tentang dia. Kerana dia ada aura positif!


Kalau kalian kenal Inci ni, dia nampak macam biasa-biasa saja. Tapi pengakhiran hidup dia, subhanallah! Pengakhiran yang dicemburui. Perjalanan proses pengebumian yang sangat lancar. Teman-teman yang menemani yang sangat ramai. Jemaah dimasjid yang menyembahyangkannya sangat ramai. Pengebumian di perkuburan dikerumuni insan-insan yang menyayanginya, juga sangat ramai. Jadi, cuba kalian bayangkan insan-insan yang mendoakannya. Masya Allah! Untung kamu, Inci. Semua orang sayang kamu sebab kamu baik.

Melihat pemergiannya yang begitu membuatkan aku terfikir, bagaimanakah pengakhiran hidup aku nanti? Apakah ditangisi atau disukai orang? Allah ya Allah! Takut aku memikirkan hal itu.

Akhirul kalam, Al-fatihah untuk Insyirah Az-Zahra binti Mohd Jasni. Semoga kamu ditempatkan dikalangan hamba-hamba Nya yang beriman. Syurga buatmu, dik. Aamiin ya Rabbal'alamin...

Thursday, 21 February 2019

5 Tips Basic Kuruskan Badan

Assalamualaikum wbt semua. Setelah sekian lama tak blogging, hari ni aku decide nak tulis tips-tips kuruskan badan.

Disclaimer: Aku ni dalam kategori kurus dah. Cumanya aku suka gali pasal kurus ni sebab aku nak lebih fit.... dan lebih kurus maybe. Ehek!

Tanpa melengahkan masa lagi, let's get started!

Tips pertama dan yang paling penting! CUT OFF MINUMAN MANIS, SOFT DRINKS, SUSU PEKAT and whatsoever. Sebabnya minuman-minuman yang berunsurkan gula, susu pekat semua ni sangatlah membantutkan usaha nak menguruskan badan tu. Gula memberi tenaga segera. Tak ada guna kalau tak makan nasi tapi ambil minuman manis. Frankly talk! So, please... suka tak suka. Cut off pengambilan minuman manis, air gas dan susu pekat.

Tips kedua. BANYAK MINUM AIR KOSONG. Minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kenapa kena minum air kosong banyak-banyak? Air kosong ni zero calorie. Air kosong juga meningkatkan kadar metabolisme. Air kosong bagi rasa kenyang segera. Setengah jam sebelum makan, adalah sangat disarankan untuk minum air kosong dulu. Bila minum air kosong, kalian akan rasa kenyang. Jadi bila nak makan, kalian akan ambil sikit saja. Lagipun, minum air kosong sebelum makan, akan membantu melancarkan proses penghadaman. Minum air kosong banyak-banyak pun akan melembabkan dan menyegarkan serta menyihatkan kulit kita. Super gila sangat manfaat air kosong ni. Jadi, minumlah air kosong banyak-banyak.

Tips ketiga. Suka tak suka, WAJIB MAKAN SAYUR. Ini penting juga! Sayur ni membantu melancarkan proses 'membuang'. Sayur mengandungi fibre yang tinggi. Juga kandungan air yang sangat banyak. Especially sayur hijau. Sebab tu orang cakap, brokoli adalah sayur terbaik untuk berdeit. It is soooo trueee! Kalau macam aku, aku amalkan makan kismis setiap hari 21 biji sebagai alternatif since aku ni sebenarnya bukan penggemar sayur. Tapi meal aku, aku wajibkan ada sayur walaupun sikit. Syaratnya, sayur kena lebih banyak dari nasi. Kau rasa? Sayur aku banyak ke sikit?

Tips keempat, DON'T EVER SKIP BREAKFAST. Breakfast ni sangat penting. Jangan fikir boleh kurus kalau skip breakfast. Bagi aku sendiri, aku makan banyak gila masa breakfast. Jadi waktu lunch, aku automatically akan makan sikit. Sebabnya, masih rasa kenyang. Seriously... Juga, waktu breakfast yang optimum adalah antara 7-9 pagi. Jangan lebih dari pukul 10 kerana ia akan melambatkan proses penghadaman. Metabolisme akan lemah. Super not gooood!

Tips terakhir. TIDUR SECUKUPNYA. Minimum 6 jam. Standard 8 jam. Tapi aku sarankan sehari tu, tidurlah 8 jam. Tu waktu tidur yang sangat optimum dah. Tidur secukupnya membantu dari aspek penghadaman yang baik, tidak lesu, tubuh badan yang sihat. Sebenarnya kalau tidur tak cukup ni boleh lead kepada masalah-masalah lain seperti yang aku sebut tadi. Tak cukup tidur ni sangatlah tak baik. Please avoid it!

Friday, 1 June 2018

Hiking Equipment (Gear)


            Assalamualaikum wbt, everyone. Today's blog will be written in English and of course with some grammar mistakes. Basically, I want to write in English because I want to practice my English and writing skill. I want improve my vocabulary as well, as dictionary is just by my side. Hehehe. So, let's get started!

            As mentioned earlier in the title, I am going to talk about Hiking Equipment. It is just because of my hiking's friend invited us in a group to join his hiking trip to YYBTN. YYBTN stand for TRANS YONG YAP BUBU TOK NENEK actually. Thus, for next semester, they are planning to go for YYBTN trip. Yeay!

            But actually, I haven’t decided yet whether or not to go for the trip. First reason is because, I worried I might 'mental break' and giving up during the expedition and definitely will actually causing trouble to others. This trip is going to be 4 days 3 nights trip. Such a long trip! Last time, I went to Trans Titiwangsa V1 for 6 days 5 nights. I did causing trouble to others due to my ankle injury. Hmmm I so sad and guilty! :(

            Okay, stop talking about this. Let's talk about hiking equipments that needed for a hiking.

Based on my experience:

1) Attire 3    
- Before and after the trip.                  (Wrap in a plastic each)
- For hiking purposes
- For night use. (thick)

2) Socks 5 (thick)        
- For hiking (2)
- For night use (2)
- Spare

3) Slipper
4) 60L bag for woman while guy 70L
5) Hiking shoe
6) Water bladder / Water bottle 2
7) Cutter or multipurpose knife
8) Lighter
9) Emergency Blanket
10) Headlamp – Extra battery

11) Glove 2     
- For hiking purposes
- For night use

12) Sleeping bag
13) Waterproof jacket
14) Plastic cup (Can share)
15) Spoon
16) Plastic Plate
17) Camping Stove
18) Chocolate (Bring extra)
19) Poncho
20) Micro-fibre towel
21) Waterproof phone cover
22) Carry mat
23) Camera (Go-Pro)
24) First-aid kit & medicine    - Demam
                                                - Cirit
                                                - Senak Perut
                                                - Selsema
                                                - Plaster
25) Hot-Patch 3
26) Toothpaste & Toothbrush
27) Soap
28) Flying sheet
29) Ground sheet
30) Whistle
31) Fire-starting kit
32) Sunscreen
33) Plastic
34) Water spray
35) Wet tissue
36) Insect repellent
37) Sanitary pad
38) Powerbank
39) Phone
40) Money

Here are some basic equipment that you need for hiking. To me, everything listed above are very important. Ohyah! I would suggest you to wear ankle guard and knee guard during the hiking to avoid protect your important part of body. All the best, guys!

Don't forget to spread the positive vibes! Bye J


Friday, 16 March 2018

TIPS ONE



Salam.

Here are some tips yang aku nak share, apa yang aku buat masa #SPM2014 dulu. Since SPM is my memorable thing ever happen in my life. aku semangat sikit nak share hari ni. Tips pertama ialah *Solat 5 waktu sehari semalam*. Jangan pernah tinggal! Kalau ada yang tertinggal pun, qada balik solat tu. Sungguh weh, solat ini yang sebenarnya tangga kejayaan. Jujur aku cakap, aku ni pun memang manusia biasa. Before bulan 11 form 4, pengamalan agama aku masih terumbang ambing. Solat aku ada button on and off dia. Hidup aku, takyah cerita laa. Semua benda tak kena. tak tenang. buat maksiat, kalau cerita tu mmg buka aib sendiri lah!

Masa PMR, semua benda aku buat, macam mana orang buat untuk dapatkan Straight A dalam PMR. Study, fahamkan konsep, tanya cikgu, fight dalam kelas dapatkan sesama kawan2, dapatkan result yang baik for every test. Cuma satu aku tak buat, solat. Haha bongok kan?Nak mintak tolong Allah, tapi tak buat apa yang Allah mintak. Aku ada fight dengan sorang kawan ni, saingan aku lah kiranya dia ni. At last, PMR dia 8'A, aku dapat 7'A. Wallahi! Aku memang dah lama redha. Cuma aku buka balik untuk link-kan dgn kepentingan solat ni.

Masa ni aku down sangat. Bagi aku, aku dah kecewakan parents aku. Walaupun mama aku tak marah pun. Ya lah, result 7'A, parents mana yang tak bangga? Cuma aku ja, aku rasa aku dah kecewakan dia.Early 2013, aku macam dapat semangat baru untuk buat yang terbaik dalam pelajaran. Aku dah taknak kecewa parents aku. *Kenapa aku rasa aku kecewakan mama aku masa tak dapat straight A tu, nanti aku cerita lain.

Early 2013, aku macam dapat semangat baru untuk buat yang terbaik dalam pelajaran. Aku dah taknak kecewa parents aku. *Kenapa aku rasa aku kecewakan mama aku masa tak dapat straight A tu, nanti aku cerita lain.Time form 4 tu, alhamdulillah, aku dapat kawan2 yang masing2 sedang berusaha mencari Allah. Masing2 pun tengah struggle weh. Family kami bukan dari keluarga yang tinggi ilmu agama. Jadi masing2 hanya ada kawan2 untuk support antara satu sama lain. Tapi masa ni, aku fake lagi. :(

Aku tak buat bersungguh-sungguh. Hujung form4 tu, barulah pelan-pelan hidayah Allah itu muncul. Bermula dari aku baca satu novel ni. 13 Jam A380 by Evelyn Rose. Wallahi, sentap teruk time baca ni. Aku rasa kena sangat watak perempuan tu dengan aku, yakni FAKE! Start dari situ, aku slow-slow solat. Tenang weh rasa dia. Nikmat weh zaman ni! Pernah satu malam, aku nak tinggal solat isyak. Sebab aku dah mengantuk sangat. Tetiba buka twitter, i found ada orang tweet.

"Kau tak solat isyak, lepas tu kau masuk tidur. Sedar-sedar, kau dah di alam lain( alam barzakh)." Masa ni, Allah! Zrappp! Hati bagai tertusuk sembilu. Aku takut gila.Sejak hari itu, aku pun menunaikan solat. haha Kalau ada yang aku tinggal tu which is tertinggal mahupun sengaja tinggal, aku ganti balik. Aku takut. Sejak aku solat ni, aku perasan satu benda, result aku makin baik, aku senang nak catch up pelajaran, hidup aku makin tenang(sebab aku ada tempat mengadu), everything became easier for me. Alhamdulillah... sebab tu aku kata, rahsia UTAMA kejayaan ni bukan usaha tapi solat. Aku tak study teruk2 pun as compared to apa yang aku buat time PMR. Alhamdulillah...

Secondly, is kau kena ada AZAM. Azam ni bagi aku penting. Bila kau ada azam, kau akan rasa nak usaha to achieve your target. Macam tahun 2014 dulu aku ada target aku sendiri. Aku selongkar jugak tadi, kalau-kalau boleh share dengan korang. Tapi tak jumpa pulak. huhu

Thirdly, LETAKKAN TARGET MELEBIHI KEMAMPUAN. Okay maybe part ni ramai tak setuju. Tapi benda ni berlaku kat aku, menyebabkan aku percaya benda ni. Tapi benda ni perlu disertai dengan redha :') Bagi aku, kalau kau letak target tinggi2, kau akan usaha lebih untuk capai target tu!For instance, benda ni aku pernah rasa. Masa form4 dulu, aku rasa aku mampu untuk score 8'A 2'B. I wrote it in my Azam 2014. Thus, mula2 form 5 tuu, aku hanya focus untuk 8 subjek yang aku target A tu je. Lagi dua subjek, kurang ku beri penekanan. Then, aku tak ingat bila...

Aku tengok buku member aku sorang ni. Setiap buku dia, dia tulis A+ besar2. Aku tanya dia, "kau memang target nak dapat A+ ke untuk Physics ni?" *masa tu aku tgk buku physics dia. Lepas tu dia cakap, dia pun tak yakin sebenarnya. But, everytime she look at the A+,she got the enthusiasm to work hard and want to achieve it. Then, I try. Dude, menjadi dude! Kau akan rasa lain. Kau akan lebih bersemangat untuk belajar. Kau akan jadi lebih fokus. Mindset kau akan jadi, "aku nak 9A+ and i wanna achieve it!" *tapi jauh lubuk hati, rasa tak yakin masih wujud sebenarnya. Ya lah, 9A+ kot! Cuma, good side nya, mindset kau dah berubah. Kau dah ada semangat baru! Hasilnya, hahaha good result lah dalam SPM. Roughly, aku boleh cakap, I got straight A laa in my SPM. Aku bukan nak jaja result aku. Jangan salah faham :')

One last thing is, BE AN OBEDIENT SLAVE OF ALLAH AND A GOOD CHILD TO YOUR PARENTS. Ini penting dude! Aku bagi ringkas je la kan. 'Untuk dapat redha Allah, kau perlukan redha ibubapa kau dulu.' Easy? Bila jadi anak yang berbakti pada orang tua, confirm2 Allah sayang kita, kan? :')

Okey, macam aku kata tadi, aku cuma share something beneficial with you guys. Kalau korang rasa bermanfaat, ambil dan amalkan. Kalau tak, sokay. Ni cuma sebahagian dari perkongsian aku je... That's it, Thank you. - Si Biru Oren